Terkini!!! Senarai Penuh Nama Jemaah Haji Malaysia Yang Cedera Di Masjidil Haram


Berikutan kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram ada keluarga dan waris jemaah haji Malaysia ditanah air menyuarakan rasa risau dengan nasib ahli keluarga mereka di sana.

Bagaimanapun menurut Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim memberitahu semua ahli keluarga 10 jemaah Malaysia terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan berhubung nasib saudara mereka di Makkah.

Pihak Lembaga tabung haji sebentar tadi telah mengeluarkan secara rasmi nama-nama jemaah yang cedera dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram.

Berikut adalah senarai penuh nama jemaah haji terlibat.

TERKINI - 107 maut, 238 Cedera Kren Tumbang Di Masjidilharam


RIYADH: Angka korban kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini meningkat kepada 107 orang manakala 238 dilaporkan cedera.


Angka terbaharu itu dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, pagi ini.

"Semua mereka yang cedera dan meninggal dunia sudah dibawa ke hospital," kata Jeneral Suleiman al-Amr, ketua pengarah Jabatan Pertahanan Awam kepada rangkaian televisyen al-Ikhbariya.

Allahu Rabbi!!! (Gambar2) Ribut: Kren Tumbang Dan Menimpa Bumbung Masjidil Haram, Lebih 87 Jemaah Haji Terkorban..


MAKKAH: Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.