Video & Gambar - Dua Mahasiswa UKM Sertai Dalam Raptai Penuh Perhimpunan Umno, Mana Akta Universiti?

Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar
Berita Harianpada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.

NONEKEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.


Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu,
Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun,
Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok.

Majlis Memperingati 25 Tahun Memali Akan Diadakan 19 - 21 November Depan


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Sempena 25 tahun Peristiwa Memali, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akan menganjurkan Majlis Memperingati 25 Tahun Memali yang akan dilangsungkan di lokasi peristiwa sejarah tersebut pada 19 hingga 21 November depan.

Program yang diadakan secara anjuran bersama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling itu sekaligus akan menjadi himpunan Pemuda PAS Kedah selain akan turut disertai wakil Pemuda PAS dari negeri-negeri lain.

Aturcara hari pertama akan bermula dengan lawatan dan tahlil di Makam Syuhada, Parit Panjang sebelum semua peserta akan berkonvoi ke Kampung Memali.



Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyempurnakan perasmian program pada malam tersebut.

Keesokannya, 20 November, para pemuda akan berkumpul di perkarangan rumah As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya untuk mendengar pengkisahan peristiwa Memali yang akan disampaikan oleh beberapa tokoh kejadian tersebut termasuk isteri as-Syahid, Ustazah Solehah Husin.

Manakala penutup program pada malam terakhir akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut akan mengisi acara sepanjang program tiga hari tersebut ialah majlis tahlil, pameran Peristiwa Memali, Karnival HESA, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter daftar pemilih, persembahan pentomen dan jamuan sempena Aidil Adha.

Ceramah yang diadakan sempena majlis itu pula akan menampilkan Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Murid dan Guru2 Diarah Bercuti, Lebih 200 Sekolah Di Muar Terlibat

MUAR: Sebanyak 80,282 murid dari 170 Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan 34 sekolah menengah di daerah ini diarah bercuti mulai hari ini apabila indek pencemaran udara (IPU) mencapai tahap merbahaya semalam akibat jerebu.

Turut diberi cuti sehingga keadaan pulih ialah 6,737 guru yang bertugas di sekolah berkenaan tetapi kesemua pejabat pentadbiran sekolah terbabit dibuka seperti biasa.
"Pegawai Daerah Muar, Mislan Karmani, berkata tahap IPU mencecah paras 432 mata, iaitu paras tertinggi dan diklasifikasikan sebagai merbahaya pada 11 pagi semalam sejak jerebu melanda daerah ini, Isnin lalu," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Pejabat Daerah di sini hari ini.
Mislan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Jerebu daerah berkata, pihaknya telah mengagihkan 10,000 penutup mulut dan hidung kepada sekolah berkenaan.

"Pembukaan semula sekolah ini bergantung kepada bacaan IPU yang akan dimaklumkan dari bilik gerakan daerah ini," katanya sambil menerangkan orang ramai boleh mendapat maklumat terkini mengenai tahap pencemaran itu dari Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah.

Mislan berkata, selain daripada alat penutup mulut dan hidung, kerajaan akan membekalkan air mineral kepada pelajar terbabit kerana ia digalakkan untuk kesihatan pada ketika ini.

Katanya, hujan sederhana yang turun di Muar pada 7 pagi tadi dan diikuti pada 10.30 pagi ini sedikit sebanyak membantu menurunkan kadar IPU.
Bacaan IPU pada tengah hari ini ialah 86 mata iaitu tahap pencemaran sederhana yang tidak membahayakan kesihatan.

Beliau berkata, hujan setiap pagi yang diramalkan sepanjang minggu ini juga diharapkan akan membantu mempercepatkan pemulihan bencana tersebut.

"Penduduk dinasihati supaya mengelak daripada membuat pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan," katanya.

Sementara itu, di JOHOR BAHRU, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri, Hoo Seong Chang, berkata jerebu yang melanda negeri ini sehingga kini belum menjejaskan sektor pelancongan Johor.

"Kita belum menerima laporan mengenai jerebu yang melanda negeri ini khususnya di Muar yang dikhuatiri menjejaskan kemasukan pelancong ke negeri ini.

"Ketika ini hanya ada satu acara sukan besar yang sedang berlangsung di negeri ini iaitu Kejohanan Menembak Antarabangsa Australasia 2010, di Ladang REM, dekat Kota Tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar eko pelancongan di Persada, di sini. - BERNAMA

10 Penyokong Bolasepak Kedah Ditahan

ALOR SETAR: Selain mercun dan bunga api, air daun ketum dan batang besi adalah antara benda larangan yang cuba dibawa masuk ke dalam Stadium Darulaman di sini pada perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dengan Kelantan malam tadi.

Sehubungan itu, polis menahan 10 orang yang membawa benda larangan berkenaan, termasuk empat pelajar sekolah dan seorang pelajar institusi pengajian tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab, berkata mereka yang ditahan berumur antara 13 hingga 33 tahun.

"Lima yang ditahan kerana mereka membawa mercun bola, seorang membawa bunga api, dua membawa air daun ketum, seorang membawa besi 'spring baton' dan seorang lagi kerana memaki polis," katanya kepada pemberita di Stadium Darulaman.

Beliau berkata, semua suspek ditahan semasa polis membuat pemeriksaan di pintu masuk stadium sebelum perlawanan.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Racun 1952," katanya.

Seramai 1,000 orang pegawai dan anggota polis membuat kawalan sepanjang perlawanan yang dihadiri kira-kira 30,000 penonton untuk menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.
- BERNAMA

Penulis Blog 'adukataruna' Dibicarakan di Mahkamah..

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini, semalam memulakan perbicaraan kes remaja yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya.

Khairulizam Abdul Ghani, 29, adalah seorang juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.my.

Dalam perbicaraan semalam, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu jurugambar polis, Konstabel Wan Khairul Al-Jufri Hashim, 24 dan Penolong Pengurus Maybank Seremban, Fazlita Abd Wahab, 42.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah memaklumkan, sepanjang perbicaraan yang dijadual berlangsung selama tiga sehingga esok, beberapa saksi terlibat akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Khairulizam yang memakai kemeja putih hadir ke mahkamah diwakili peguam bela, Mohd Radzlan Jalaludin.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, pada 22 Januari lepas di No. 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini.

Jika disabitkan kesalahan, Khairulizam boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Khairulizam bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan 26 Januari lalu atas perbuatannya itu.

Cerita Disebalik Kehilangan Gadis Selama 8 Hari Dan Ditemui Di Bukit Bintang

Rozaliya begitu sugul semasa ditemui selepas menghilangkan diri selama lapan hari pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuanatan malam tadi. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang dilapor hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan di Kuantan 13 Oktober lalu ditemui di kawasan Bukit Bintang di ibu negara semalam, tetapi enggan meneruskan perkahwinan.

Rozaliya yang dikatakan hilang ketika membeli-belah kelengkapan perkahwinan di Kuantan minggu lalu bersama tunangnya Mohd Hilmi Mohd Noor, 24, bekerja di kedai serbaneka di sini sejak dua hari lalu.

Dipetik Bernama, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata Rozaliya dibawa pulang oleh anggota polis yang mendapat maklumat mengenai lokasi gadis itu dan diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati wanita itu ke Kuala Lumpur bersendirian dengan menaiki bas tanpa paksaan daripada pihak lain dan tindakan Rozaliya melarikan diri itu berpunca daripada masalah keluarga.

“Rozaliya juga sempat bekerja selama dua hari di Bukit Bintang dan hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Kes ini dianggap selesai,” katanya kepada pemberita di Kuantan malam tadi.

Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini dilapor hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya Rabu lalu.

Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar bersama tunangnya Mohd Hilmi yang menjemput gadis itu di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi dan dia dilapor hilang selepas menghantar SMS kepada tunangnya di sebuah pasar raya di sini.

Mohd Jasmani berkata bertindak atas laporan polis mengenai kehilangan gadis itu yang dibuat pada pukul 10.41 malam Rabu lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan Rozaliya.

Hasil laporan media dan gambar yang dikeluarkan, polis menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 12 tengah hari tadi yang memaklumkan gadis itu berada di Bukit Bintang, katanya.

Beliau berkata Rozaliya tiba di Kuantan kira-kira pukul 8 malam tadi dan disambut oleh saudara mara dan keluarga tunangnya, Mohd Hilmi.

Ayah Rozaliya, Mat Lazim Mat Ismail, 52, berkata dia amat gembira dan lega dengan kepulangan anaknya itu dan akan mengadakan majlis kesyukuran.

Mat Lazim dipetik Berita Harian berkata, Rozaliya memutuskan untuk enggan meneruskan perkahwinan dipercayai ekoran perubahan tunangnya.

Mereka bertunang April lalu.

“Rozaliya tawar hati untuk mengahwini Hilmi lalu bertindak melarikan diri selepas takut dan tidak tahu bagaimana mahu memaklumlannya kepada keluarga,” kata Mat Lazim di Kuantan.

Mohd Hilmi pula berkata, dia menyerah kepada kedua-dua keluarga untuk membincangkannya.

“Saya maafkan dia (Rozaliya) atas apa yang berlaku. Saya memang sayangkan dan suka kepadanya, tapi selepas perkara ini saya tidak tahu nak macam mana hendak gambarkan perasaan saya,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.