AL-FATIHAH Buat M.Rajoli - Moga Rohnya Dicucuri Rahmat

Gambar tengah hari tadi

Dikemaskini: KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

“Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah “bintang yang sentiasa menyinar”.

M. Rajoli (gambar) atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Okt 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 Nov 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.

— Bernama


Terdapat Papan Tanda Kedai Yang Lucah Melampau Kat Kedah... Kenapa PBT Lambat Ambil Tindakan? Memalukan




MPSPK perlu bertindak segera menurunkan papan tanda wanita separuh bogel di sebuah premis perniagaan baru di Lot 88, dekat dengan Plaza Tol Sungai Petani Utara yang baru petang kelmarin dipasang.

Ahli-ahli Majlis tolong tengok sat, boleh ka papan tanda macam ni dipasang?

Diharapkan PBT lebih peka dengan perkara seumpama ini bagi melahirkan negeri Kedah yang sejahtera.

Jom Pakat2 Tengok Kelaku Artis Terkenal Yang Pernah Ditangkap Khalwat Di Majlis Pertunangan Mereka


memeysuhaiza (Gambar) Majlis Pertunangan Memey Suhaiza & Norman Hakim

Memey Suhaiza & Norman Hakim telah selamat mengikat tali pertunangan pada hari raya ke-4 yang lalu. Tahniah buat pasangan ini dari kami.

Lagi gambar majlis pertunangan ringkas Norman Hakim & Memey Suhaiza yang berlangsung di Felda Tengaroh Selatan selepas ini.

61510 154418114587930 100000592287275 395643 3574227 n (Gambar) Majlis Pertunangan Memey Suhaiza & Norman Hakim

61510 154418124587929 100000592287275 395645 1955830 n (Gambar) Majlis Pertunangan Memey Suhaiza & Norman Hakim

61510 154418144587927 100000592287275 395650 2517725 n (Gambar) Majlis Pertunangan Memey Suhaiza & Norman Hakim

61927 154419037921171 100000592287275 395672 5800766 n (Gambar) Majlis Pertunangan Memey Suhaiza & Norman Hakim

61927 154419044587837 100000592287275 395674 3365461 n (Gambar) Majlis Pertunangan Memey Suhaiza & Norman Hakim

58464 154419757921099 100000592287275 395690 5105669 n (Gambar) Majlis Pertunangan Memey Suhaiza & Norman Hakim

58464 154419774587764 100000592287275 395695 228188 n (Gambar) Majlis Pertunangan Memey Suhaiza & Norman Hakim

58464 154419787921096 100000592287275 395698 7132262 n (Gambar) Majlis Pertunangan Memey Suhaiza & Norman Hakim

60990 154420314587710 100000592287275 395704 104164 n (Gambar) Majlis Pertunangan Memey Suhaiza & Norman Hakim




















Terima kasih untuk gambar-gambar di atas Mohd Izaudin & Nas Ahmad

Suspek Pembunuhan Datuk Sosilawati Guna Gelaran Datuk 'Palsu'



KUALA LUMPUR 16 Sept. - Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, tidak pernah dikurniakan sebarang darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada mana-mana negeri.

Semakan Utusan Malaysia dalam Senarai Penerima Darjah Kebesaran (Bergelar) Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan yang disiarkan dalam laman web rasmi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) mendapati, nama suspek berusia 41 tahun itu tidak tersenarai.

Laman web yang mengandungi maklumat senarai penerima pingat dan darjah kebesaran mulai tahun 1985 sehingga tahun lalu itu dipetik daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Semakan yang dibuat terhadap senarai 2009, tahun yang dikatakan suspek terbabit menerima penganugerahan gelaran Datuk bagaimanapun tidak menemui namanya, begitu juga pada tahun-tahun sebelum itu.

Semakan lanjut ke atas senarai dua negeri yang didakwa mengurniakan gelaran kepada lelaki itu iaitu Kelantan dan Pahang, juga tidak menunjukkan kebenarannya.

Semalam, pihak sumber Istana Pahang yang dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan tiada gelaran dikurniakan kepada lelaki itu, manakala Kelantan juga menafikan perkara tersebut.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber sebagai berkata, suspek utama dipercayai membeli gelaran Datuk daripada seorang ahli perniagaan dengan harga RM180,000.

Ahli perniagaan tersebut dikatakan memberitahu suspek bahawa namanya akan disenarai dalam senarai penerima darjah kebesaran yang membolehkannya menggunakan gelaran tersebut.

Tepatkah Sekolah Untuk Pelajar Hamil Dinamakan Sekolah Harapan? Dibuka Pagi ini Walau Belum Ada Pelajar - KM Melaka


MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.

"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi Jumaat ini (esok).

"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.

Kosmo

Datuk Siti Nurhaliza Batalkan Konsert Di Pulau Pinang


GEORGETOWN: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza (gambar) dilaporkan telah membatalkan konsert Hari Malaysia di Pulau Pinang atas nasihat daripada doktor.

Pembatalan konsert yang bakal menyaksikan Siti beraksi selama satu jam pada 25 September depan di Stadium Bandaraya itu diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Pada peringkat ini, kita sudah kesuntukan waktu untuk melakukan sebarang perubahan atau pindaan di saat-saat akhir, jadi kita memutuskan untuk membatalkan sahaja keseluruhan acara konsert itu.

"Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi kami menghormati masalah yang dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti," kata Lim yang dipetik daripada portal Star Online pada sidang media di pejabatnya di Komtar, Khamis.

Tambah Lim, pihak kerajaan negeri menerima surat penarikan diri daripada syarikat pengurusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd pada hari Rabu yang turut kepilkan bersama surat akuan daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Surat akuan itu menyatakan Siti tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung," katanya.

Salinan daripada surat akuan itu menjelaskan "Siti Nurhaliza dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal yang berat termasuklah mengadakan konsert pada waktu ini."

Bagaimanapun, Lim enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran surat akuan tersebut dan menyerahkan sebarang pertanyaan lanjut mengenai penyanyi itu kepada pengurus Siti sendiri.

Terdahulu, pelbagai laporan media menyatakan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sedang berusaha untuk mendapatkan anak. Penyanyi itu juga dilaporkan pernah mempertimbangkan untuk menjalani rawatan in-vitro fertilisation.

Menurut Lim, pihak Siti Nurhaliza Productions telah memulangkan semula bayaran pendahuluan sebanyak RM60,000 kepada kerajaan negeri dan turut bertanggungjawab di atas sebarang kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak penganjur ekoran pembatalan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.